Saturday, December 19, 2015

JAWATAN KOSONG TERBARU DI MAJLIS PERBANDARAN MUAR - 30 DISEMBER 2015

MAJLIS PERBANDARAN MUAR
Majlis Perbandaran Muar MPMuar Disember 2015
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Muar MPMuar sebagaimana berikut:

1. Akauntan W41
2. Jurutera J41
3. Penolong Pegawai Penilaian W32
4. Penolong Jurutera JA29
5. Penolong Pegawai Senibina JA29
6. Penolong Arkitek Landskap JA29
7. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran  U29
8. Pembantu Tadbir N17

PERMOHONAN
Semua pemohon yang berkelayakan dijemput mengemukakan �RESUME� lengkap mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik, kegiatan luar dan lain-lain. Sila sertakan sekeping gambar terbaru berukuran passport dan salinan yang telah disahkan semua dokumen seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil akademik berserta transkrip kelulusan dan lain-lain dokumen sokongan. 

Pemohonan yang lewat, tidak lengkap, tidak diakui sah atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Sila kembarkan surat pengiktirafan akreditasi bagi kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil yang boleh diakses di laman web interaktif http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmSenaraiPengiktirafanBaru.asp dan dilampirkan bersama borang permohonan.

Sila tulis nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada : 

YANG DIPERTUA 
MAJLIS PERBANDARAN MUAR 
KARUNG BERKUNCI NO. 516 
84009 MUAR, JOHOR 

Lokasi : Johor
Tarikh tutup : 30 DISEMBER 2015

No comments:

Post a Comment