Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Yong Peng MDYongPeng sebagaimana berikut:
1. Akauntan W41
2. Pegawai Penilaian W41
3. Pegawai Tadbir N41
PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang permohonan Jawatan yang boleh didapati melalui pautan dibawah. Borang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH YONG PENG
KM 1 JALAN LABIS
83700 YONG PENG
JOHOR DARUL TA�ZIM
Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut :-
(i) Kad pengenalan diri;
(ii) Sijil kelahiran;
(iii) Sijil-Sijil Persekolahan
(iv) Kelulusan akademik (Sijil/Diploma/Ijazah)* mana yang berkaitan dengan jawatan yang dimohon;
(v) Transkrip keputusan akhir peperiksaan (jika diploma/ijazah sebenar masih belum diterima)
(vi) Satu (1) keping gambar terbaru berukuran `passport�
(vii) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada)
Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat seperti dalam iklan akan DITOLAK serta merta. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam(6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
Lokasi : Johor
Tarikh tutup : 10 JANUARI 2016
No comments:
Post a Comment