Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Kuala Krai sebagaimana berikut:
1. Pembantu Tadbir N17
2. Juruteknik Komputer FT17
3. Pemandu Kenderaan H11
4. Pembantu Awam H11
PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN yang boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan Majlis Daerah Kuala Krai dengan harga RM 3.00. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil atau salinan keputusan peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan, sijil kelahiran, kad pengenalan (depan dan belakang) yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport.
Borang permohonan yang tidak lengkap diisi atau tidak terang, tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan, tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan, tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat dan tidak ditandatangani akan ditolak.
Permohonan hendaklah sampai kepada :-
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KUALA KRAI
JKR 60, JALAN SULTAN YAHYA PETRA
18000 KUALA KRAI, KELANTAN.
Semua permohonan (termasuk permohonan melalui pos) hendaklah diterima oleh Majlis Daerah Kuala Krai selewat-lewatnya 31 Disember 2015. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Lokasi : Kelantan
Tarikh tutup : 31 DISEMBER 2015
No comments:
Post a Comment